Jumat, 20 Desember 2013
MB Selangor akan bincang pembubaran DUN minggu ini
Oleh Mohd Farhan Darwis
February 13, 2013
SHAH ALAM, 13 Feb — Kerajaan Selangor menafikan mereka telah membuat sebarang keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menegaskan perkara itu hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) neheri dan pusat yang dijadualkan berlaku pada minggu ini.
Berikutan dengan laporan media pada Isnin lalu mengatakan kerajaan PR Selangor akan membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh.
“Kami baru balik kerja (selepas Tahun Baru Cina) ... Kami akan umumkan selepas perjumpaan kami,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) kepada pemberita di sini.
Abdul Khalid pada 30 Januari lalu berkata kerajaan negeri akan membubarkan DUN di Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen
Related Posts : akan,
bincang,
dun,
ini,
mb,
minggu,
pembubaran,
selangor
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar