Rabu, 01 Januari 2014
LG Perkenal Gajet Terbaru Phablet 5 5″

Tidak semua orang mampu membeli telefon pintar mewah yang harganya mampu mengoyakkan kocek anda.
Sehubungan itu, LG baru-baru ini mengumumkan phablet G Pro Lite, peranti Android yang dilengkapkan dengan spesifikasi sederhana dan semestinya harganya lebih berpatutan berbanding telefon pintar ‘mewah’ yang lain.
Sama seperti Optimus G Pro yang telah dilancarkan di Malaysia pada Julai lalu, telefon pintar ini lengkap dengan saiz skrin yang besar iaitu 5.5 inci, namun ianya mempunyai kadar resolusi yang lebih rendah, 540 x 960 berbanding dengan Optimus G Pro yang mempunyai kadar resolusi HD 1080p.
Bagi spesifikasi dalaman pula, phablet ini dilengkapi dengan prosessor MediaTek 1GHz dual-core serta RAM sebanyak 1GB. Memori dalaman sebanyak 8GB boleh ditambah dengan penggunaan kad mikroSD serta kamera belakang 8MP.
Phablet ini akan dilancarkan pada bulan ini di Amerika Latin dan disusuli dengan pasaran Asia, Rusia, China, India serta Timur Tengah.
LG masih belum membuat sebarang pengumuman berkenaan harga produk ini.
Walau bagaimanapun, dengan nilai Optimus G Pro yang dijual pada harga RM1,888, anda boleh menjangkakan bahawa phablet terbaru ini pasti akan dijual dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan.
Related Posts : 5,
5″,
gajet,
lg,
perkenal,
phablet,
terbaru
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar