Rabu, 01 Januari 2014
Kristen Dan Robert Jalin Semula Hubungan

LOS ANGELES – Hubungan antara Kristen Steward dan Robert Pattinson kembali terjalin. Namun kedua-duanya dilaporkan enggan membuka mulut mengenai hubungan tersebut.
Kristen bagaimanapun dilaporkan mahu mengumumkan perkara itu kerana tidak mahu lagi bertemu secara rahsia.
Bagaimanapun ia dibantah olehRobert yang mahu hubungan itu terus dirahsiakan.
“Kristen tidak mahu lagi bersembunyi lagi untuk bertemu dengan Robert manakala aktor tersebut pula lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berbuat demikian.
“Dia (Robert) tidak mahu orang lain mengetahui apa yang berlaku dengan kehidupannya,’’ demikian lapor portal HollywoodLife.
Spekulasi bahawa kedua-duanya sudah bersatu semula timbul selepas kelibat mereka dirakamkan pada 20 Oktober lalu dan 2 November lalu.
Kedua-duanya juga menghabiskan masa bersama di Hotel Viceroy sebelum Robert memulakan penggambaran filem Queen of the Desert bersama Nicole Kidman.
“Mereka bertemu untuk membincangkan mengenai masa depan dan memutuskan bahawa kedua-duanya tidak boleh hidup tanpa satu sama lain,’’ kata portal berkenaan.
Robert dan Kristen juga dilaporkan berhubung menerusi Skype dan pernah menjalin hubungan jarak jauh sebelum ini.
Related Posts : dan,
hubungan,
jalin,
kristen,
robert,
semula
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar