Jumat, 28 Februari 2014

Menangis Tonton Episod Tribute Buat Cory


EPISOD terbaharu Glee musim kelima baru-baru ini ternyata meruntun perasaan sebilangan besar peminat drama muzikal tersebut.

Menerusi episod yang didedikasi khas buat Cory Monteith berjudul The Quaterback itu diadakan bagi mengenang mendiang Cory yang memegang watak Finn Hudson.

Rata-rata peminat menulis di Twitter masing-masing bahawa mereka turut mengalirkan airmata ketika menyaksikan episod terakhir buat Finn itu.

Penulis dan pengarah Glee, Ryan Murphy tidak mahu menyebut bagaimana watak Finn mati ketika mengeluarkan watak itu daripada cerita Glee.

“Bagaimana dia mati adalah tidak penting, apa yang penting bagaimana dia sewaktu masih hidup,” katanya.

Episod itu mengandungi himpunan lagu-lagu sentimental seperti I’ll Stand By You yang dinyanyikan watak Mercedes, No Surrender (Puck), If I Die Young (Santana), Fire & Rain (Sam dan Artie) serta Rachel Berry selaku teman wanita Finn menyanyikan lagu Make You Feel My Love, nyanyian asal Bob Dylan.

Aktor berusia 31 tahun itu ditemui mati di bilik hotelnya di Vancouver, Kanada pada 13 Julai akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan.

Apa yang lebih menyedihkan ialah Monteith dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Lea Michelle dalam jangka masa terdekat sebelum kematian mengejutnya itu.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar